WARISAN ZAMAN



PERIBAHASA MELAYU LAMA
PERIBAHASA
MAKNA
Ada beras, taruh dalam padi
Rahsia hendaklah disimpan baik-baik
Ada biduk, serempu pula
Tidak puas dengan apa yang sudah dimiliki
Ada bukit, ada paya
Ada baik, ada jahat; ada miskin, ada kaya
Ada jarum hendaklah ada benangnya
Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya
Ada kerak, ada nasi
Tiap-tiap suatu kejadian itu tentu ada bekasnya
Ada rotan, ada duri
Dalam  kesenangan tentu ada kesusahannya
Badak makan anak
Kiasan kepada orang yang membuang anaknya sendiri kerana takut malu atau sebagainya.
Badan sudah dua senyawa
Sudah sehidup semati
Bagai air di daun talas
Tidak tetap pendirian, selalu berubah-ubah
Bagi air mencari jenisnya
Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak henti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih perih
Bagai anak dara mabuk andam
Lemah dan lesu tanpa penyakit
Bagai anak dara sudah berlaki
Anak perawan yang tiada malu, pemalas dan pengotor
Cacing hendak menjadi naga
Orang keecil hendak menyamai orang besar
Cakak sudah, silat teringat
Perkara sudah selesai, barulah terdengar keterangan atau sungutan
Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar
Cakapnya saja yang besar tetapi tidak ada satu pun pekerjaan yang dilakukan olehnya
Cakap berlauk-lauk makan dengan sambal lada
Cakapnya seperti orang kaya, padahal miskin
Cakapan sejengkal dibawa sehasta
Berlebih-lebihan daripada hal yang sebenarnya
Campak baju nampak kurap
Mendedahkan keburukan sendiri
Dalam dua tengah tiga
Tidak jujur
Dapur tidak berasap
Terlalu miskin
Dari jauh diangakt telunjuk, kalau dekat diangkat mata
Umpat dan caci kerana kelakuan tidak senonoh
Daripada segenggam jadi segantang
Bernasib baik
Datang tak berjemput, pulang tak berhantar
Tetamu yang tidak penting
Deras seperti anak panah
Terlalu cepat
Elok arak di hari panas
Orang yang bersukacita sebab maksudnya tercapai
Emas berpeti, kerbau berkandang
Harta benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat
Embacang buruk kulit
Kelihatannya tidak baik tetapi yang sebenarnya baik sekali.
Empat sudah bersimpul satu

Kesempurnaan yang diperoleh daripada empat orang: orang yang berilmu, orang yang berakal, orang yang mahir dan orang yang rajin
Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang
Nasihat yang baik perlu diulang-ulang menyebutnya
Enggan seribu daya, mahu seribu patah
Kalau tidak suka biasanya banyak alasannya
Gagk bersuara murai
Rupanya hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budibahasanya
Gaharu dibakar kemenyan berbau
Memperlihatkan kelebihannya supaya dipercayai orang
Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit
Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah
Gajah berhati, kuman pun berhati juga
Kaya dan miskin sama-sama berfikiran dan bernafsu
Gajah dipandang seperti kuman
Terlalu marah
Gajah mati kerana gadingnya
Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya
Habis kapak berganti beliung
Sangat rajin bekerja
Habis miang kerana bergeser
Sesuatu kesukaran akan hilang apabila sudah menjadi kebiasaan
Hangat tiada berapi, sejuk tiada berair
Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu
Hari ini terlebih baik daripada besok
Yang dapat diusahakan hari ini janganlah ditangguhkan sampai besok
Hari tak selamanya panas
Untung dan malang silih berganti
Hari tidak siang sahaja
Tidak selamanya senang terus-menerus
Ibarat ayam: tiada mengais tiada makan
Sangat miskin
Ibarat burung: mata lepas badan terkurung
Tiada kemerdekaan
Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah
Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar
Ikan digulai sudah melompat
Nasib yang malang
Ikan di hulu tuba di hilir
Perbuatan yang sia-sia
Intan berlian jangan dipijakkan
Untung bahagia jangan dielakkan
Jadi air mandi
Sudah jadi kebiasaan
Jadi bumi langit
Orang yang sangat diharapkan pertolongannya dan segala nasihatnya dituruti
Jadi kuda beban
Orang suruhan
Jalan mati lagi dicuba, inikan pula jalan binasa
Orang yang berani dan tidak memilih perbuatannya
Jambatan emas
Jalan mencapai bahagia
Jangan bercermin di air keruh
Jangan menikut tauladan yang buruk
Khabar jauh dengar-dengarkan, khabar dekat fikir-fikirkan
Tiap-tiap khabar yang diterima hendaklah diselidiki dengan saksama supaya jangan tertipu
Kaduk kena baja
Orang yang tidak berguna, tetapi amat lama hidupnya
Kain basah kering dipinggang
Sangat miskin
Kalau bukan rezeki, di mulut lari keluar
Rezeki (harta) yang belum dapat ditentukan
Kalau tak ada api, masakan ada asap
Jika tidak bersalah masakan dituduh orang
Kapak menelan beliung
Yang baik ditukar dengan yang buruk
Lagi lauk lagi nasi
Makin kaya, main banyak sahabatnya
Lain gatal lain digaruk
Lain disoal lain jawabnya
Lain mangkuk lain cawan
Tidak sama pembawaan dan kesukaan
Laksana batik lasam
Sesuatu yang makin lama dipakai, makin baik
Laksana kain tiga hasta
Serba tanggung
Laksana layang-layang salah teraju
Anak-anak muda yang menurut jalan yang salah
Macam betung seruas
Terlalu jujur; lurus hati
Macam orang biduk
Orang yang makan dan minum bersama-sama tetapi bayar sendiri-sendiri
Main akal
Mengenakan tipu daya
Makan bubur panas-panas
Bertindak dengan tergesa-gesa, akhirnya mengecewakan
Manis bagai gula jawa
Persesuaian dengan segenap hal ehwal
Marahkan telaga yang kering, timba dipecahkan
Jikalau seseorang itu tidak dapat menolong, mintalah pertolongan daripada orang lain pula
Naik basuh kaki saja
Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan mudah
Naik melompat, turun terjun
Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali
Naik tak bertangga, turun tak berpintu
Melakukan sesuatu perbuatan yang salah
Nak ditelan termengkelan, nak diludah tak keluar
Dalam keadaan yang serba salah
Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai
Jimat dan cermat tangga kejayaan, murah hati tangga tuah
Nan jauh telah berjemput, nan hamper telah tiba
Tentang jemputan (undangan) yang telah sempurna
Ombak yang kecil jangan diabaikan
Perkara kecil yang dapat mendatangkan bahaya, jangan dianggap mudah atau jangan disia-siakan
Orang baru kaya jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi
Perbuatan yang tidak mendatangkan faedah
Orang berdendang dipentasnya, orang beraja dihatinya
Orang berkuasa di rumahnya masing-masing
Orang mandi berselam, awak mandi bertimba
Orang mendapat keuntungan besar, kita mendapat keuntungan sedikit
Orang mencubit, kita menampar
Berlainan perbuatan tetapi akibatnya sama merasa
Orang sukar baru kaya
sombong
Pacat hendak menjadi ular
Orang miskin berlaku seperti orang kaya; mengharapkan yang bukan-bukan
Padi masak, jagung mengupih
Keuntungan yang berlipat ganda
Padi setangkai bernas semuanya
Keluarga yang hidupnya beruntung dan berbahagia
Pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar
Menggunakan waktu dengan sebaik-baiknya
Pantas seperti tangan beruk
Kecepatan tangan seseorang yang merampas atau mencuri barang orang
Patah batu hatinya
Hilang sama sekali kemahuannya
Rasa pedih cuping telinga
Marah
Rebus tak empuk
Tidak mudah dikalahkan
Retak pertujuh
Hati yang sangat rindu
Rosak tapai kerana ragi
Pekerjaan gagal kerana kurang hati-hati sewaktu melakukannya
Rumah buruk disapu cat
Perempuan tua yang suka bersolek.
Rupa harimau, hati tikus
Rupa sahaja yang hebat dan garang tetapi pengecut
Sakit kepala panjang rambut, patah selera banyak makan
Orang yang pada lahirnya tidak suka, tetapi hatinya suka sekali
Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk
Sama-sama ikut bertanggungjawab
Sama lebur sama binasa
Seia sekata
Sampan ada pengayuh tidak
Hendak melakukan sesuatu, tetapi tidak lengkap alat syaratnya
Sebab mulut leher terjerat
Kecelakaan yang timbul kerana percakapan
Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya
Seorang yang berbuat salah,semuanya terbawa-bawa
Tak ada guruh pada orang pekak, tak ada kilat pada orang buta
Kias dan sindiran tidak ada ertinya bagi orang yang bodoh
Tak ada lalat langau
Tak ada orang
Tak boleh bertemu roma
Suka berselisih dan bertengkar
Tak dan gesek biola  hendak  menari dahulu
Berbuat sesuatu sebelum sampai waktunya
Tebu pada awak, peria pada teman
Disukai oleh seorang, dibenci oleh yang  lain
Telah menyelam lautan yang dalam-dalam
Banyak pengalaman
Ugut-ugut beruk saja
Menunjukkan berani pada orang yang takut padanya
Ukur mata dengan telinga
Menurut penglihatan dan pendengaran
Ular berlingkar di gulungan tikar
Orang jahat yang menyamar diri dalam kumpulan orang baik-baik
Ular telan babi, cacing yang bengkak perut
Iri hati melihat keberuntungan orang lain
Upah bidan pun tak terbayar
Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapanya
Usul menunjukkan asal
Sifat kelakuan seseorang itu menunjukkan asal keturunannya
Walau disepuh emas lancing, kilat tembaga tampak jua
Bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadap kelihatan juga perangainya yang kurang ajar
Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga
Mengerjakan sesuatu bukan pada waktunya
Walaupun ada umpan, belum tentu ada ikan
Sesuatu pekerjaan itu walaupun telah ada persediaan yang cukup tetapi belum tentu akan berhasil dengan baik
Wau melawan angin
Perbuatan yang sia-sia
Wayang kepadaman damar
Keadaan kacau yang terjadi dengan tiba-tiba
Yang berpayung yang ditembak
Orang yang berkuasalah tempat orang mengharapkan pertolongan
Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi
Tiap-tiap suatu pekerjaan itu hendaklah dengan sempurna baik pada rupa, pendengaran dan perasaan
Yang ombak itu ombak juga, yang air itu air juga
Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya
Zaman beralih, musim bertukar
Segala sesuatu hendaklah disesuaikan dengan keadaan zaman
Zaman Tuk Nadur berkajang kain
Zaman yang telah berlalu; sudah lama sekali

No comments:

Post a Comment