TATABAHASA TAHUN 1



*      KATA NAMA
Kata nama  ialah perkataan yang digunakan untuk menamakan manusia, haiwan, benda, tumbuhan dan tempat.
Kata Nama Am
Kata Nama Khas
Kata nama yang digunakan untuk menamakan benda, haiwan, tempat dan tumbuhan secara umum.

Ditulis dengan huruf kecil kecuali pada awal ayat.

Contoh;
Kata nama yang digunakan untuk menamakan benda, haiwan, manusia, tempat dan tumbuhan secara khas.

Ditulis dengan huruf besar.


Contoh:
Benda
Bakul, buku, bola, beg, lampu, kipas
Benda
Citizen, Pensonic, Proton Saga
Haiwan
ayam, itik, burung, harimau, cacing
Haiwan
Sang Kancil, Si Comel, sang Rangkak
Manusia
guru, polis, datuk, doktor, ibu
Manusia
Abang Halim,  Ismail, Cikgu Zarina
Tempat
padang, kelas, kantin, kedai, pantai
Tempat
Kampung Siantan, Taman Harmoni
Tumbuhan
Bunga, keledek, rumput, serai, halia
Tumbuhan
Hibiscus Rosa Sinensis (bunga raya)


*      KATA GANTI NAMA DIRI
Digunakan untuk menggantikan nama orang.
Kata Ganti Nama Diri Pertama
Digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap.

Saya’ digunakan ketika bercakap dengan orang yang lebih tua, teman-teman dan orang yang baru dikenali.
Contoh;
1.     “Ibu, saya suka makan pudding ini,” kata Ayu kepada ibunya.
2.    ”Siti, saya hendak pergi ke perpustakaan,” kata Siva.

Kami’ digunakan untuk merujuk diri sendiri dan rakan-rakan.
Contoh:
1.      “Saya dan Siti hendak pergi ke kantin.  Kami hendak membeli makanan dan minuman,” kata Ayu kepada Salmi.
2.    Kami berasa bangga kerana dapat belajar di sekolah ini.

Kita’ digunakan untuk merujuk diri sendiri dan orang yang dilawan bercakap.
Contoh:
1.     Kita perlu berbaik-baik dengan jiran tetangga.
2.  Kita perlu mengambil makanan yang berkhasiat.

KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA
Digunakan untuk menggantikan nama orang yang dilawan bercakap.

Awak’ digunakan untuk merujuk diri orang yang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
Contoh:
1.      Awak seorang rakan yang sangat baik,” kata Abu kepada Ali.

Kamu’ digunakan untuk merujuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita tetapi lebih halus daripada  ‘awak’.
Contoh:
Kamu perlu melintas jalan menggunakan jejantas,” kata Cikgu Ali kepada Ramli.


*      KATA KERJA
Kata yang menerangkan perbuatan yang dilakukan oleh manusia, binatang atau benda.
Contoh:
duduk, berjalan, berlari, makan, tidur,  menyanyi.

Ayat  contoh:
1.      Abu berehat sambil membaca buku di bawah pokok.
2.    Pak Abu menternak ayam dan itik.



*      KATA ADJEKTIF
Kata yang digunakan untuk menerangkan keadaan atau sifat sesuatu kata nama atau frasa nama.
KATA ADJEKTIF WARNA
Kata yang digunakan untuk menerangkan warna  seperti merah, biru, hiaju dan kuning
Contoh:
1.      Hijau, kuning dan merah ialah  warna yang ada pada lamu isyarat.
2.    Darah berwarna merah.


*      KATA HUBUNG
Kata yang digunakan untuk menghubungkan ayat.
Contoh: dan, atau, tetapi, kerana
dan menambahkan subjek atau prediket dalam ayat
atau menunjukkan sesuatu pilihan
kerana menunjukkan sesuatu sebab
tetapi  menunjukkan makna yang berlawanan

Contoh:
1.      Siti hendak makan nasi lemak dan minum air milo.
2.    Kamu hendak beli beg atau kasut?
3.    Zali tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakait perut.
4.    Jasni hendak memetik buah jambu tetapi tiada galah.



*      KATA TANYA
Kata yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.
apa digunakan untuk menanyakan benda, tempat dan binatang.
siapa digunakan untuk menanyakan orang.
Contoh:
1.      Kamu suka makan apa?
2.    Kereta ini milik siapa?



*      IMBUHAN
Imbuhan ialah penambahan pada kata dasar hingga menyebabkan perubahan makna pada kata dasar  tersebut.
Imbuhan Awalan
Imbuhan Akhiran
Imbuhan meN, peN- dan beR- ialah imbuhan awalan.

Imbuhan awalan dicantumkan pada hadapan kata dasar.

Imbuhan –kan

Lepaskan, masukkan,  belikan

Contoh:
Imbuhan  meN-
Membalas, membeli, menjual

Imbuhan –an

mainan, makanan, minuman
Imbuhan peN-
penternak, penjual, pembeli
Imbuhan –i

Hormati, miliki, sayangi
Imbuhan beR-
bekerja, berbaju, berbuah, berdaun

                                                                    


*      AYAT
Ayat dasar ialah ayat yang paling ringkas dan paling mudah bentuknya.
Ayat yang mengandungi makna yang lengkap.
POLA AYAT DASAR
Frasa nama (FN) t Frasa nama (FN)
Puan Siti             t  ibu Nani.

Frasa nama (FN) t Frasa kerja (FK)
Pak Salleh           t  menternak ikan air tawar.



AYAT TUNGGAL
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu prediket.

Subjek
Prediket
Mereka
sedang makan.
Ibu
menyiram pokok bunga

AYAT MAJMUK
Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau prediket.

Ayat majmuk dibina dengan mencantumkan dua atau lebih ayat tunggal.

Ayat-ayat tunggal ini dicantumkan dengan kata hubung seperti dan, atau, kerana, tetapi.
Contoh:
1.     Mereka hendak memancing udang di dalam kolam.
Kolam itu telah tercemar.

Mereka hendak memancing udang di dlam kolam tetapi kolam itu telah tercemar.

Latihan 1: Kata Nama Am
Lengkapkan ayat di bawah dengan jawapan yang betul.
komputer
polis
buku
kasut
baju
pensel
batu
kucing

1.      Anggota  ________________  sedang melakukan rondaan di kawasan perumahan itu.
2.    Melalui ________________ saya boleh melayari internet.
3.    Ibu sedang menjahit ___________  sekolah saya.
4.    ____________ latihan saya sudah dihantar kepada Cikgu Ali.
5.    Saya membasuh  ________________  sekolah pada hujung minggu.
6.    Saya menulis menggunakan  ___________________ .
7.    Ayah membela tiga ekor  _____________________ .
8.    Kaki adik luka kerana tersepak   ________________ .
Latihan 2: Kata Nama Am
Kelaskan kata nama am mengikut kumpulan yang betul.
singa
betik
ular
hakim
meja
buku
pisang
topi
lembu
polis
jambu batu
guru

manusia
benda
1.
1.
2.
2.
3.
3.
haiwan
buah-buahan
1.
1.
2.
2.
3
3.


Latihan 3: Kata Nama Khas
Lengkapkan ayat di bawah dengan jawapan yang betul.
Restoran Budi
Taman Cempaka
Si Comel
Sekolah Kebangsaan Setia
Datuk Sheikh Muzaffar
Januari

1.      __________________________  merupakan seorang angkasawan negara.
2.    Nama kucing saya ________________________ .
3.    Saya dan keluarga menjamu selera di ___________________________  .
4.    Saya dilahirkan dalam bulan  ________________  .
5.    Saya bersekolah di __________________________________________.
6.    Saya tinggal di _______________________________ bersama keluarga saya.
      Latihan 4:  Kata Nama Khas

Bulatkan kata nama khas dalam rajah di bawah.

         
Menara Kuala Lumpur                 lampu                          Puan Aini

bendera                                     kucing                                 Kampung Pandan

Jalur Gemilang                          kereta                        Proton City

komputer                                   Citizen                      Proton Saga               
                  

         

Latihan 5 : Kata Ganti Diri
Gariskan jawapan yang betul.
1.      (Dia, Aku ) adik saya.
2.    Itu kantin sekolah (saya, kamu).
3.    (Mereka, Aku) guru di sekolah ini.
4.    (Saya, Kamu) sudah makan?
5.    Saya Sonn  Kitt.  (Saya, Kami) suka membaca buku.
6.    Saya suka makan durian. (Kamu, Kami) suka makan apa?
7.    Ali, Raju dan Karim sedang bermain bola di padang. (Mereka, Kamu) bermain semasa hujan turun.
8.    “Saya dan Suzana hendak ke kantin. (Mereka, Kami) hendak membeli makanan,” kata Ayu kepada Kamal.
9.    Nama kawan baik saya Razif.  (Dia, Kamu) berasal dari Melaka.
10. Saya dan Kim Kim rakan sekelas.  (Mereka, Kami) tinggal di Taman Siantan.

Latihan 6: Kata Kerja
Gariskan jawapan yang betul.
1.     Siti dan Deepa berkawan baik.
2.    Kucing itu tidur di bawah kerusi.
3.    Adik menangis di dalam buaian.
4.    Aliff bermain di padang.
5.    Gadis itu tersenyum manis.
6.    Selvam terjatuh ke dalam longkang.
7.    Johan tidak hadir ke sekolah.
8.    Beca itu beroda tiga.
9.    Hobi datuk berkebun.
10. Kereta api itu bergerak di atas landasan.


Latihan 7: Kata Adjektif
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.
1.      Daun itu berwarna ______________.
2.     Rambut kakak berwarna __________________ dan lebat.
3.    Saya memakai baju sekolah berwarna _______________.
4.    Kulit gadis itu _________________.
5.    Bunga ros yang berwarna _______________ itu sangat wangi.
6.    Daun kering berwarna _________________ itu jatuh berguguran.
7.    Datuk membeli sebuah kereta berwarna _____________.
8.    Beg sekolah saya cantik dan berwarna    _____________.
9.    Sebagai seorang pengawas sekolah saya memakai kasut berwarna  ________.
10. Baju yang berwarna _____________ itu pilihan hati ibu.

Latihan 8:  Kata Hubung
Lengkap ayat di bawah dengan kata hubung yang diberi.
dan
atau
kerana
tetapi

1.     Nama kucing saya Comel.  Comel kecil  ____________  lincah.
2.    Kucing saya suka makan ikan _________ minum susu.
3.    Adik saya tidak hadir ke sekolah   _____________ demam.
4.    Ayah ___________ ibu pergi ke pasar.
5.    Encik Amri seorang anggota polis  ____________ askar?
6.    Badan datuk sakit  ____________ penat bekerja.
7.    Abang kamu guru _____________ peguam?.
8.    Datuk menternak ayam  ________  itik.
9.    Cikgu Talib garang ____________ baik hati.
10. Solehan tidak dapat bermain bola sepak __________ hari hujan.

Latihan 9: Kata Tanya
Lengkap ayat di bawah dengan kata tanya yang diberi.
apa
siapa

1.     Kamu suka makan   _______________  ?
2.    Kereta ini milik __________________?
3.    Nama kucing kamu ________________?
4.    Orang yang memakai baju biru itu  __________  ?
5.    Buku ini kepunyaan _______________?
6.     ________kah yang dilakukan oleh mereka?
7.    ________kah yang melukis gambar kartun ini ?
8.    ________kah yang menyanyikan lagu itu?
9.    ________kah nama kucing kamu?
10. ________kah yang dilakukan oleh murid-murid itu?
Latihan 10: Imbuhan Awalan
Berikan imbuhan ber- pada kata yang sesuai dalam ayat di bawah.
1.     Kami _______________  baik.
2.    Kami tidak suka  _______________________ .
3.    Setiap petang kami ___________________ bola.
4.    Kain itu sudah ________________ di atas katil.
5.    Datuk saya suka _________________.
Berikan imbuhan men_ pada kata yang sesuai dalam ayat di bawah.
1.      Kakak sedang _________________  adik.
2.    Ait itu sedang _____________________.
3.    Hafiz _____________  tempat pertama dalam pertandingan itu.
4.    Siti  ______________ beg yang berat itu.
5.    Abu __________________ bola itu kea rah Samy.

Latihan 11: Imbuhan Akhiran

Lengkapkan imbuhan akhiran an-, -kan dan –i pada kata diberi.
Perkataan
Imbuhan an-
Imbuhan -kan
Imbuhan -i
bantu
bantuan
-
-
mula
-
mulakan
mulai
lompat



tunjuk



lawat



didik



bersih



sayang



latih



selamat



lalu



lukis




Latihan 12:Imbuhan

Isi tempat kosong dengan perkataan berimbuhan yang sesuai.

1.      “Cikgu yang paling saya ____________ ialah Cikgu Mimi,” kata Julia.
2.    “ ___________ buku latihan di atas meja saya,” kata Cikgu Razman.
3.    Kami akan ke ____________ itu esok.
4.    _________________ itu selamatt untuk dimakan.
5.    Jasa guru tidak dapat saya _________________.
6.    ____________  kita menyakiti hati ibu dan bapa.
7.    Salmi sedang _______________  bajunya yang koyak itu.
8.    Devi ________________  buku-buku di dalam rak buku.
9.    Suraya _________________ neneknya menganyak ketupat.
10. Dali  _____________________ pokok bunga di hadapan rumahnya.
11.  Pokok manga itu sudah   ___________________.
12. _______________________  itu sangat cantik

Latihan 13: Ayat
Bina ayat tunggal berdasarkan perkataan yang diberi.
1.     beg
__________________________________________________ .
2.    pensel
__________________________________________________.
3.     pembaris
__________________________________________________.
4.     pemadan
__________________________________________________.
5.     pengorek
__________________________________________________.

Latihan 14: Ayat
Suaikan.
1.     Ibu saya
                                                                                      *suri rumah
2.    Nama murid itu
                                                                                       *rumah banglo                
3.    Rumah itu
                                                                                      *ialah Ali.
4.    Baju saya
                                                                                      *warna biru
5.    Sekolah saya
                                                                                      * besar dan cantik.


 LATIHAN TATABAHASA ( TAMBAHAN )

SET 1 


1 . Novel yang ____ oleh pemuda itu telah mula dijual . 


A. mengarang                  
B. karangan     
C. dikarang                       
D. pengarang 

2. Emak membeli sehelai _____ untuk saya .


A. sekolah              

B. seluar 
C. itik                     
D. sungai 

3. Wong dan abangnya baru pulang ____ perpustakaan awam . 


A. di                           
B. ke
C. pada                     
D. dari 

4. Zukri mengikat ____ mata kail pada tali itu .

A. sebentuk             
B. sebilah 
C. sekeping             
D. sebatang 

5. Pak Abu mengasah pisau yang ____ itu . 

A. tajam                   
B. tebal
C. panjang              
D. tumpul 

6. ____ dilantik menjadi ketua kelas Tahun Empat Bestari  

A. Dia                      
B. Beliau
C. Mereka               
D. Baginda

7. Kami akan pergi bercuti  ____ Pulay pangkor esok . 

A. dari                     
B. ke 
C. di                         
D. kepada 

8. Rumah usang yang terletak di ____ bukit itu kepunyaan Dato’ Haron . 

A. dalam                    
B. belakang
C. depan                    
D. atas 

9. Beberapa ____ tembakan meriam telah dilepaskan sempena Hari Kebangsaan . 

A. das                        
B. ketul
C. biji                         
D. batang 

10. Angin bertiup dengan ____ semalam . 

A. pantas                    
B. hebat 
C. kencang                
D. deras

11. _____ pelajar tidak menghormati guru mereka . 

A. Sesetengah               
B. Beberapa 
C. Masing – masing       
D. Kedua – dua 

12. _____kah nama kucing kesayangan awak ? 

A. Apa                             
B. Berapa 
C. Siapa                          
D. Mana 

13. Emak sedang memasak ___ ayah sedang mencuci mereka . 

A. sambil                           
B. sementara
C. manakala                    
D. lalu 

14.  Udara di Tanah Tinggi Cameron sungguh sejuk dan _____ . 

A. hangat                            
B. nyaman 
C. indah                               
D. panas 

15. _____ berempat datang dari Brunei . 

A. Dia                                    
B. Beliau 
C. Awak                                
D. Mereka 

16 . Dia bekerja sebagai ____ di kapal itu . 

A.anak kapal                      
B. ibu bapa
C. kipas angina                 
D. bulan sabit 

17 . ____ orang anak Encik Rahman menuntut di Universiti Teknologi Petronas . 

A.Sebahagian                   
B. Kedua 
C. Masing – masing          
D. Kedua – dua 

18 . Mereka akan bermain bola sepak ___ hari tidak hujan . 

A.landai                                 
B. curam 
C. luas                                   
D. sempit

19. Mereka akan bermain bola sepak ____ hari tidak hujan .

A. jikalau                              
B. tetapi 
C. dan                                  
D. sambil 

20. Para ____ pulang dari laut dengan membawa tangkapan yang banyak . 

A. penoreh                          
B. peladang 
C. nelayan                            
D. kerani


Jawapan :  1. C                        6. A                      11. A                16. A
                  2. B                        7. B                      12. C               17. D
                  3. D                        8. D                      13. C               18. B
                  4. A                         9. A                      14. B               19. A
                  5. D                       10. C                     15. D               20. C 



SET 2 




1. Hatinya ____ menantikan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada Oktober nanti . 

A. berganti – ganti                            
B. berdebar – debar 
C. berkali – kali                   
D. berkata – kata 

2. ______ , besarnya rumah kamu , Saly ! 

A. Kasihan                           
B. Aduh 
C. Nah                                    
D. Amboi 
 
3. _____ pelancong itu kebanyakkan datang dari Korea . 

A. Para – para                     
B. Para 
C. Masing – masing         
D. Setengah 

4. Jangan beritahu berita ini kepada Bedah kerana dia ____ . 

A. naik angin                     
B. curi tulang 
C. tangan terbuka             
D. mulut tempayan 

5. Orang yang berilmu akan ____ oleh masyarakat . 
 
A. didekati                          
B. diulit 
C. disanjung                       
D. diambil 

6 . Unta terdapat di ______ . 

A.padang pasir                   
B. laut 
C. hutan                               
D. kebun

7. Di ____kah adik awak belajar ? 

A. apa                                    
B. siapa 
C. mana                                 
D. berapa 

8. Baju kurung itu cantik  ____ agak mahal . 

A. tetapi                                
B. sambil 
C. lalu                                     
D. dan 

9. Di belakang rumah Zaharah terdapat se___ serai . 

A. longgok                             
B. rumpun 
C. batang                              
D. kati 

10. Budak yang ___ merah itu ialah Rama.

A. berbaju                            
B. berambut 
C. bernama                          
D. berkereta


11.Omar menyimpan wang ___ dalam bank . 

A. di                                        
B. kepada 
C. ke                                       
D. pada 

12. Seluruh daerah Bukit Mertajam  menjadi ___ apabila bekalan eletrik terputus . 

A. hingar – bingar              
B. kusut – masai 
C. gelap – gelita                 
D. sunyi – sepi 

13. Seseorang hakim mestilah adil dan tidak menyebelahi ___ pihak . 

A. siapa – siapa                  
B. mana – mana
C. berapa – berapa           
D. apa – apa

14. ____ ialah gunung yang paling tinggi di dunia . 

A. Gunung Tahan              
B. Gunung Ledang 
C. Gunung Kinabalu        
D. Gunung Everest 

15. Masukkan se____ garam ke dalam kuah kari itu . 

A. potong                            
B. biji 
C. cubit                                  
D. cekak 

16. Maafkan ___ kerana mengambil buku tanoa memberitahuawak terlebih dahulu . 

A. beta                                  
B. saya 
C. dia                                      
D. dia 

17. Kawasan yang ___ itu sesuai uuntuk dijadikan padang permainan kanak – kanak . 

A. lapang                              
B. longgar 
C. sempit                              
D. dalam 

18. Bapa ____ emak sepasang anting – anting . 

A. membukakan                
B. membelikan 
C. mengambilkan             
D. meletakkan 

19. _____ , ambil buku yang awak pesan ini ! 

A. Cis                                     
B. Nah 
C. Oh                                     
D. Amboi 

20. Tidak ada ___ di dalam laci itu.

A. siapa – siapa                 
B. bila – bila 
C. mana – mana                 
D. apa – apa 




Jawapan :  1. B                        6. A                      11. A              16. B
                  2. D                        7. C                     12. C              17. A
                  3. B                        8. A                     13. B               18. B
                  4. D                        9. B                     14. D              19. B
                  5. C                       10. A                    15. C              20. D



SET 3  


1. Papan ___ computer itu telah rosak . 


A. dedaun                            
B. jejari 
C. kekunci                           
D. sesiku

2. Makanan itu ___ di atas meja . 

A. terhidang                        
B. terusik 
C. tertera                            
D. terduduk 

3. Dia tidak berani ____ apabila ayahnya sedang marah .

A. angkat muka                  
B. jauh hati
C. ringan tulang                  
D. cari jalan 

4. Penduduk negara kita __ daripada berbagai – bagai kaum . 

A. berdiri                              
B. terdiri 
C. mendirikan                       
D. didirikan 

5. Fauzi mengambil sekeping kertas ___ menulis namanya . 

A. atau                                    
B. atau 
C. kerana                               
D.  lalu 

6 . Dewan sekolah itu ___ diperbesarkan tidak lama lagi . 

A.sedang                              
B. akan
C. masih                              
D. telah 

7 . Encik Zainal akan berlepas ke ____ dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam tadi . 
A.Paris                                  
B. Pasar Seni 
C. Gunung Ledang                  
D. Hentian Puduraya 

8 . Sesiapa ___ boleh menyertai Peraduan Teka Silang Kata itu .

A.sahaja                                
B. lagi 
C. kah                                   
D. lah 

9 . Tembok itu ___ enam meter panjang dan tiga meter tebal . 

A.mengukur                       
B. diukur
C. berukuran                       
D. terukur

10. Aishah menjadi ___ setelah bapanya meninggal dunia . 

A. anak yatim                      
B. kaki botol 
C. telinga lintah                  
D. otak udang 

11. Beberapa ___ darah telah keluar dari jari Fatimah kerana terhiris pisau . 

A. biji                                     
B. titis 
C. batang                                 
D. cekak 

12. Kami menonton televisyen ___ berbual – bual . 

A. namun                             
B. apabila 
C. sambil                              
D. kerana 

13. _____ rumahnya runtuh malam tadi .

A. Jejari                                 
B. Lelangit 
C. Sesiku                               
D. Bebola 

14. Daripada ___kah awak mengambil buah limau itu ? 

A. siapa                                 
B. mana
C. berapa                               
D. apa 

15 . “ Sudahkah ___ semua menyiapkan kerja rumah ?"  tanya cikgu .

A.engkau                              
B. kita 
C. dia                                    
D. kamu 

16. Siapa __ kalau bukan budak nakal itu yang menconteng dinding ini. 

A. jua                                     
B. lagi
C. sahaja                               
D. sahaja 

17. Tiang pagar itu diperbuat daripada se___ kayu cengal . 

A. sisir                                   
B. rawan 
C. papan                                
D. batang

18. Yean Kee tidak pergi ke sekolah ___ sakit tenat. 

A. kerana                             
B. sambil 
C. tetapi                                
D. lalu 

19 . ______kah tajuk perbahasan itu ?

A.Mana                                
B. Apa
C. Bila                                   
D. Bagaimana

20. “_____ akan ke rumah awak lusa ,” kata Zami .

A. Kamu                                
B. Awak
C. Saya                                  
D. Kita




Jawapan :  1. C                        6. B                      11. B              16. B
                  2. A                        7. A                      12. C              17. D
                  3. A                        8. A                      13. C              18. A
                  4. B                        9. C                      14. B              19. B
                  5. D                       10. A                     15. D              20.C










3 comments:

  1. Nota yang dipaparkan lengkap dan menarik. Pastinya sesiapa suka membaca selanjutnya

    ReplyDelete
  2. Mohon kebenaran untuk menggunakan sebahagian nota untuk kegunaan pelajar Pendidikan Khas saya. Hasil ilmu puan sangat lengkap dan amat berseuaian dengan pelajar pendidikan khas. drpd abdul murad smk taman sutera ,johor bahru,johor

    ReplyDelete