Tuesday 18 December 2012

7 Keajaiban Dunia

Pada tahun 2006, dua buah organisasi telah memperkenalkan senarai "Tujuh Keajaiban Baru".
Pada awal 2006, sebuah inisiatif telah dimulakan oleh organisasi Switzerland iaitu Perbadanan Dunia Terbuka Baru (New Open World Corporation) (NOWC) untuk memilih Tujuh Keajaiban Dunia Baru yang terpilih dari 200 buah monumen yang masih wujud . Dua puluh yang ke peringkat akhir telah diumumkan pada 1 Januari 2006 . Keputusan akan diumumkan pada 7 Julai 2007 (7/7/7).
Pada November 2006, akhbar kebangsaan Amerika USA Today dengan kerjasama rancangan televisyen Amerika Good Morning America mendedahkan senarai "Tujuh Keajaiban Baru" yang telah dipilih oleh enam orang juri. Keajaiban tersebut telah diumumkan satu setiap hari dalam masa seminggu dalam Good Morning America. "Keajaiban kelapan" telah dipilih pada 24 November daripada maklum balas penonton .


Bilangan Keajaiban Lokasi
1 Istana Potala Lhasa, Tibet
2 Kota Lama Jerusalem Israel
3 Bongkah ais kutub Kawasan kutub
4 Monumen Kebangsaan Kepulauan Hawaii Barat Laut Hawaii, Amerika Syarikat
5 Internet N/A
6 Peninggalan Maya Semenanjung Yucatá, Mesoamerika
7 Perpindahan Serengeti dan Masai Mara Kenya dan Tanzania
8 Ngarai Agung ("keajaiban kelapan" pilihan penonton) Arizona, Amerika Syarikat




Terdapat juga :

 Keajaiban tarikan pelancongan

Berikut merupakan senarai tujuh tumpuan pelancongan (tidak termasuk ziarah) yang disusun oleh Hillman Wonders:
  • Piramid Agung Giza
  • Tembok Besar Negara China
  • Taj Mahal
  • Perpindahan Serengeti
  • Galapagos
  • Grand Canyon
  • Machu Picchu

Keajaiban semula jadi

Berikut merupakan senarai tujuh keajaiban semula jadi yang disusun oleh CNN .
  • Grand Canyon
  • Terumbu Sawar Besar
  • Pelabuhan Rio de Janeiro
  • Gunung Everest
  • Aurora kutub
  • Gunung berapi Parícutin
  • Air Terjun Victoria

Keajaiban dalam air

Senarai berikut tidak diketahui pembuatnya (lebih kepada pembentukan semula jadi) tetapi ia agak dikenali:
  • Palau
  • Terumbu Sawar Belize
  • Terumbu Sawar Besar
  • Jurang Laut-Dalam
  • Kepulauan Galapagos
  • Tasik Baikal
  • Laut Merah Utara

Pengisytiharan Bandar Maharani Bandar Diraja

Pada 24 November 2012 , hari Sabtu , Sultan Johor telah mengisytiharkan Bandar Maharani Bandar Diraja . Ini ialah video Sultan Johor bersama isterinya menuju ke Dataran Tanjung Emas . 
    Sultan Johor telah merasmikan dan menanam kapsul masa ini.





Thursday 29 November 2012

Nilainya...

1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2..Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3..Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari
qiamat :
Nabi Ibrahim AS.

5…Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada
hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6….Orang yang pertama mengerjakan saie antara
Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

Monday 19 November 2012

BANDAR MAHARANI BANDAR DIRAJA


Bandar Maharani Bandar Diraja mula mengibarkan bendera sempena Hari Keputraan Sultan Johor pada 22 November 2012 . 

SEJARAH NAMA MUAR

TELUK DALAM - Hikayat Malim Dewa-dewa Deman:
Muar dahulunya dikenali sebagai Teluk Dalam berdasarkan ayat di dalam Hikayat Malim Dewa-dewa Deman. Teluk Dalam ini mungkin berasal dari keadaan sungai Muar yang berkualakan satu muara atau teluk yang terbuka luas.


MUARA - Bahasa Melayu Sunda:
Nama Muar dikatakan ringkasan bagi MUARA di dalam bahasa Melayu Sunda yang bermaksud "kuala sungai yang membuka atau meneluk luas"

MUAK - Rupabentuk Sungai:
Muar bermaksud satu rupabentuk bagi perkataan "muak" maksudnya jemu berkayuh dalam sungai yang begitu besar dan berbelit-belit.

MUAR atau MUNAR - Bahasa Hindu:
Muar ialah ringkasan daripada Bahasa Hindu "Munu" yang bermaksud Tiga dan "Ar" yang bermaksud "Sungai". Nama Muar berpunca dari nama sebuah negeri besar di Selatan India pada zaman purba yang dinamakan Muar atau Munar ('Negeri Tiga Sungai' kerana negeri ini terdiri daripada tiga batang sungai penting yang bercantum menjadi satu). Apabila orang-orang Hindu purba itu datang ke negeri ini untuk mencari emas, mereka menjumpai tiga batang sungai yang bercantum iaitu Sungai Muar, Sungai Serting dan Sungai Pahang seperti Sungai Muar atau Munar di negeri mereka. Lantas mereka menamakan sungai ini sebagai Muar bersempena nama Muar atau Munar di India.

MUAR DAN SEJARAH KOMODITI

Muar di dalam sejarah Kerajaan Melayu Melaka mendapat perhatian Belanda dan Portugis kerana emas yang boleh didapati di lereng Gunung Ledang (Emas ini mengikut lagenda merupakan hantaran jambatan emas oleh Sultan Melaka untuk meminang Puteri Gunung Ledang). Muar juga suatu ketika dahulu merupakan pengeluar lada hitam dan gambir yang utama. Belanda dan Portugis menjadikan Sungai Kesang hingga ke Sungai Ledang sebagai laluan utama pengangkutan barang dagangan.

Sungai Muar di zaman dahulu telah menjadi laluan utama untuk ke Pahang kerana hulunya dikatakan terletak di Tasik Bera, Pahang. Antara lagenda yang dikaitkan dengan Sungai Muar ialah ia pernah disusuri oleh Malim Deman untuk mencari Puteri Bongsu yang dikatakan menyorok di Panchur.

MUAR SAKSI KEJATUHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Sungai Muar pernah menjadi saksi kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka di tangan Portugis pimpinan Alfonso D'Albuquere pada tahun 24 Ogos 1511. Di sungai inilah angkatan Sultan Mahmud Shah mengundur diri daripada serangan Portugis. Baginda membina kubu pertahanan di Bentayan (kini tapak kubu itu dijadikan Stesen Bas Ekspress Bentayan (Bas Ekspress/Bas Pagoh) dan teksi) tetapi pihak Portugis berjaya mengesannya. Baginda dan pengikutnya melarikan diri ke Kota Biawak Busuk dan seterusnya ke Kota Pagoh (Kuala Pagoh). Kota Pagoh dikatakan antara kota yang menarik kerana diperbuat daripada tanah liat. Kesannya masih boleh dilihat sehingga kini walaupun telah terhakis ditelan zaman.

Di zaman kekuasaan Bugis (terkenal dengan lima bersaudara), Daeng Marewah, Daeng Parani, Daeng Celak, Daeng Manambun dan Daeng Kenasi dikatakan telah datang ke Muar dan menetap di Liang Batu, Lenga.

SULTAN MANGKAT DI MUAR

Sultan Alaudin Riayat Shah 1 yang pernah memerintah Melaka dikatakan telah mangkat di Pagoh, Muar. Kematiannya menjadi misteri dan lagenda. Ada yang mengatakan baginda meninggal dunia semasa datang untuk bersiar-siar manakala ada pula yang menyatakan beliau mati tercucuk daun. Beliau juga dikatakan berdarah putih dan mempunyai kaitan dengan Mahsuri di Langkawi. Bagaimanapun kesahihannya masih belum dipastikan oleh pengkaji sejarah.
PERASMIAN BANDAR MAHARANI MUAR

Bandar Maharani Muar Moden telah dibuka oleh Muhammad Salleh bin Perang atau lebih dikenali sebagai Datuk Bentara Luar pada tahun 1885. Ia dirasmikan oleh baginda Maharaja Abu Bakar pada tahun 1887.

PENGASAS BANDAR MAHARANI MUAR

DATUK BENTARA LUAR - MUHAMMAD SALLEH BIN PERANG

Muhammad Salleh bin Perang atau lebih dikenali sebagai Datuk Bentara Luar dilahirkan di Teluk Belanga, Singapura dan mendapat pendidikan di sekolah Melayu, sekolah agama dan sekolah Inggeris. Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau dari tahun 1856-1912 ialah:
- guru
- jurutulis kepada Sultan Abu Bakar (1857)
- Pesuruhjaya Polis Negeri Johor di Jabatan Polis (1868)
- Pejabat Hasil Dalam Negeri
- Ketua Jabatan Tanah dan Ukur
- Mahkamah


Antara sumbangan berharga beliau di dalam pembangunan Johor termasuk Muar adalah seperti berikut:
- Peta lengkap bagi negeri Johor (peta lengkap negeri di Semenanjung Tanah Melayu yang pertama)
- Menggalakkan permainan ghazal.
- Menggalakkan orang Melayu memainkan Tarian Naga.
- Menggalakkan orang Melayu menggali parit dan tali air supaya tanah sesuai untuk pertanian.
- Menghapuskan lanun-lanun di Muar pada akhir kurun Masihi ke-19.
- Membuka Bandar Maharani Muar (1885) dan Bandar Penggaram Batu Pahat (1893).


Menjelang tahun 1890 Bandar Maharani telah menjadi sebuah pusat aktiviti pentadbiran dan perniagan yang terbesar di kawasan pantai barat negeri Johor. Seorang pelancong Inggeris, Florence Caddy, pernah mencatatkan:

" Bandar Maharani merupakan bandar yang cantik dengan penduduk-penduduknya seramai 5000 orang terdiri dari orang Melayu yang mendiami kampung-kampung di keliling bandar tersebut, dan orang Cina dan sedikit orang India yang berkedai dalam bandar itu sendiri. Bahawa bandar ini mempunyai beberapa buah bangunan-bangunan serta kilang papan dan sebuah bengkel pembuat batu bata".

Perdagangan utama di pelabuhan Bandar Maharani waktu itu ialah gambir, lada hitam, pinang kering, kelapa kering, kopi, sagu ubi dan buah-buahan. Tetapi gambir dan buah-buahan merupakan perdagangan paling utama. Menurut Laporan Tahunan Kerajaan Johor 1911 daerah Muar merupakan pengeluar hasil gambir yang terbesar sekali di seluruh negeri Johor diantara 1887 dan 1911.

Manakala pada musim buah-buahan (1911) sebanyak kira-kira tiga-suku juta buah durian, 29000 tong buah duku dan 23000 tong buah manggis telah di ekspot melalui pelabuhan Bandar Maharani. Pada masa ini setiap kapal yang keluar dari pelabuhan Muar adalah bermuatan kira-kira 25,000 biji buah durian dan bilangan kapal-kapal yang masuk itupun bertambah menjadi lima ke enam buah sehari.
Tempat2 bersejarah Di Muar masih wujud hingga kini...

Bandar Maharani: 
Bandar tertua di Johor.

Sungai Muar: 
Banyak mencatatkan peristiwa bersejarah zaman silam kerana pernah menjadi laluan kapal dagang yang membawa bahan mentah dan makanan dari beberapa negara termasuk China dan Indonesiaberlabuh di kuala sungai itu memunggah dagangan bagi keperluan penduduknya suatu ketika dulu.

Legenda sejarah Sungai Muar turut mencatatkan kisah Hang Tuah yang melarikan anak Bendahara Pahang, Tun Teja untuk dipersembahkan kepada Sultan Mahmud Shah Melaka bagi menjadi isteri baginda.

Muar yang dibuka pada 1884 mempunyai banyak bangunan lama dan bersejarah dengan sebahagiannya dibina di pesisiran Sungai Muar dan masih kekal tersergam indah dan kekal beroperasi seperti mula pembinaannya.

Masjid Sultan Ibrahim:
Dibina pada awal 1900 kini masih menjadi pusat pengembangan syiar Islam di kalangan masyarakat Islam di bandar ini sejak sekian lama hingga sekarang.

Bangunan Sultan Abu Bakar:
Terletak dii Jalan Peteri yang dibina membelakangkan Sungai Muar masih menjadi nadi pusat pentadbiran kerajaan negeri di bandar ini dengan menempatkan pelbagai pejabat termasuk Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah.

Bangunan Pejabat Kastam Diraja Malaysia (KDRM) cawangan Muar:
Dibina pada 1909 juga dibina di pesisiran Sungai Muar dan masih beroperasi hingga sekarang.

Tanjung Agas:
Dahulunya perkampungan tradisional kini berubah wajah kepada bandar baru di pinggir sungai lengkap dengan pusat perniagaan dan pasar raya serta perumahan.

Gunung Ledang:
Air Terjun Gunung Ledang terkenal sebagai pusat perkelahan dan pelancongan bertaraf antarabangsa berjaya menarik ramai pelawat ke negeri ini khususnya dari Singapura.Purata lebih 100,000 pelancong luar melawat ke Gunung Ledang setiap tahun sama ada berkelah atau mendaki ke puncak gunung setinggi melebihi 2,000 meter dari paras laut itu.

Bukit Kepong:
Peristiwa Bukit Kepong...kisah perjuangan orang melayu menentang Komunis.

Jambatan Sultan Ismail:
Dirasmikan pada 15 April 1967
Asal Usul Kampung Parit Jamil letaknya kira-kira 10 batu jauhnya dari bandar Muar dan 21 batu dari bandar Batu Pahat. Kampung ini telah dibuka pada akhir abad ke-19, iaitu pada masa Sultan Abu Bakar memerintah di Johor. Dipercayai Kampung Parit Jamil telah di buka oleh Tuan Haji Taib. Beliau dikatakan berasal dari Pulau Jawa, Indonesia, dan telah datang ke Parit Jawa, Muar, pada akhir abad ke-19. Di Parit Jawa, beliau telah tinggal bersama-sama Penghulu Jabar, iaitu penghulu yang menguasai kawasan Parit Jawa ketika itu. Haji Taib, seorang mempunyai bakat kepimpinan dan seorang boleh diharapkan, banyak membantu kerja-kerja Penghulu Jabar. Oleh itu, Penghulu Jabar telah melantik Haji Taib sebagai menteri kepada beliau.

Dengan galakan daripada saudara-maranya yang datang dari Jawa, Haji Taib telah meninggalkan Kampung Parit Jawa. Beliau bersama-sama pengikutnya telah membuka Kampung Parit Jamil yang terletak kira-kira satu batu dari Parit Jawa. Di antara saudara-maranya itu, Haji Arshad (ipar beliau) adalah orang yang memainkan peranan penting dalam pembukaan Kampung Parit Jamil.

Pembukaan Kampung Parit Jamil oleh Haji Taib telah dibantah oleh Penghulu Jabar dengan alasan beliau mempunyai kewibawaan atas Kampung Parit Jamil juga. Penghulu Jabar mendakwa bahawa kawasan jagaan beliau adalah meliputi Kampung Parit Jamil hingga ke Kampung Parit Penyengat, iaitu setengah batu dari Kampung Parit dan satu setengah batu dari Kampung Parit Jawa. Keberanian Haji Taib dalam hal ini adalah disebabkan beliau telah mempunyai pengikut-pengikutnya yang tersendiri. Peristiwa ini memberikan satu gambaran tentang bagaimana sesebuah kampung atau petempatan biasanya dibuka, iaitu oleh seorang ketua dengan pengikut-pengikut tertentu yang biasanya merupakan saudara-maranya.
Perselisihan di antara Penghulu Jabar dengan Haji Taib tidaklah membawa kepada satu perbalahan. Sungguhpun demikian, Penghulu Jabar telah bertindak dengan membawa hal itu kepada perhatian Sultan Johor. Sultan Johor ketika itu ialah Sultan Abu Bakar. Baginda telah memanggil kedua-dua orang itu ke istana di Johor Bahru. Kes mereka telah dibicarakan oleh baginda selama tiga kali. Sebelum sempat baginda membuat keputusan muktamat, Penghulu Jabar telah meninggal dunia. Kematian beliau adalah disebabkan terjatuhnya sewaktu menunggang kuda semasa bersiar-siar pada suatu petang. Dengan kematian Penghulu Jabar, pembukaan Kampung Parit Jamil oleh Haji Taib tidak lagi mendapat bantahan dari sesiapa lagi. Memandangkan hakikat bahawa Haji Taib adalah seorang yang berkebolehan dan mempunyai pengikutnya yang ramai, baginda telah berkenan melantik Haji Taib sebagai penghulu Kampung Parit Jamil . Ketika itu kewibawaan Haji Taib meliputi kawasan dari Kampung Parit Nipah ke Kampung Parit Penyengat , iaitu kira- kira dua batu persegi luasnya .

Pembukaan Kampung Parit Jamil adalah bermula dari pantai ke arah kawasan pendalaman . Hal ini jelas dari kesan-kesan sejarah yang terdapat hingga sekarang, di antaranya terdapat tanah perkuburan orang- orang Islam yang tidak berapa jauh dari pantai (kira-kira setengah batu). Selain daripada itu, terdapat bekas tapak bangunan sebuah masjid. Kesan-kesan itu menunjukkan di sekitar kawasan tersebut pernah wujud perkampungan orang Melayu . Tetapi pada masa sekarang ini, di sekitar kawasan itu hanya terdapat kebun- kebun kelapa dan getah sahaja. Adanya peninggalan-peninggalan itu ialah kerana penduduk kampung dahulu telah berpindah ke kawasan yang agak jauh sedikit ke pendalaman. Pada masa sekarang, tapak Kampung Parit Jamil adalah lebih kurang di sepanjang jalanraya dari Muar ke Batu Pahat, jauhnya dari pantai adalah kira-kira satu batu. Sebuah masjid dan tanah perkuburan Islam berada di tepi jalanraya. Pekerjaan penduduk kampung itu adalah menangkap ikan, menanam padi, bercucuk tanam dan sebagainya. Tanaman yang mereka usahakan adalah bersifat secukup hidup
Berhubung dengan nama Kampung Parit Jamil itu, tidak terdapat satu keterangan yang bulat. Mengikut  Encik Md. Yassin, nama Kampung Parit Jamil itu adalah berasal daripada nama seorang yang pernah bekerja dengan Haji Taib Jamil, dikatakan, telah memainkan peranan penting membuka kampung dengan menggali parit-parit.  Memandangkan jasa-jasa beliau itu , Haji Taib telah menamakan Kampung Parit Jamil itu bagi memperingati jasa baik orang itu . Yang agak menghairankan ialah perbezaan nama 'Parit Jamil' itu dengan nama kampung-kampung lain termasuk di dalam Kampung Parit Jamil sebagai induk . Nama kampung kampung lain adalah seperti Kampung Parit Nipah, Parit Tengah, Parit Kangkung, Parit Tunggul dan Parit Penyengat. Kesemua nama itu adalah berasal daripada perkataan dalam bahasa Melayu 'Jamil' pula berasal daripada bahasa Arab.

Menurut seorang keturunan Haji Taib sendiri, penerangan Encik Md. Yassin itu kurang meyakinkan kerana beliau sendiri tidak pernah mendengar adanya orang yang bernama 'Jamil'.  Menurut pendapat beliau seterusnya, nama Kampung Parit Jamil itu adalah berasal daripada perkataan Arab, iaitu Jamil bererti 'cantik'. Nama itu mungkin diberi oleh orang-orang Arab yang datang berniaga di kampung tersebut kerana memandangkan keindahan dan eloknya kampung tersebut.
sejarah sungai balang

Sejarah pembukaan Sungai Balang, sebuah pekan kecil kira-kita 30 km dari Bandar Maharani, bermula dengan perlantikan seorang tokoh agama bertaraf ulama, Ali Said, yang berasal dari Parit Sakai sebagai Orang Kaya oleh Sultan Abu Bakar (Sultan Johor) pada 1886.

Ali dihantar oleh ayahandanya Orang Kaya Said, iaitu penghulu pertama Muar yang dilantik oleh Temenggong Ibrahim, ke Tanah Suci Mekah untuk belajar agama selepas menamatkan pengajian di Melaka ketika berusia 15 tahun. Ketika itu, penduduk Padang yang pentadbirannya berpusat di Parit Bakar dan meliputi Parit Sakai hingga ke Parit Samsu mempunyai sebuah rumah wakaf di Mekah yang didirikan di Kampung Shuib Ali pada abad ke 19.

Rumah itu bertujuan menempatkan anak orang kenamaan dan pembesar Padang untuk mendalamkan lagi ilmu keagamaan dan meneruskan pengajian agama hingga tamat selepas pengajian di Melaka. Adalah menjadi hasrat orang-orang Padang ketika itu untuk menjadikan anak-anak mereka bijak dalam pengajian agama dan bergelar "Orang Alim" dan menghantar mereka melanjutkan pelajaran agama di Mekah atau Mesir.
Ibu bapa yang berbuat demikian bukan sahaja menaruh harapan agar masing-masing menjadi orang alim, malah mereka sanggup menetap di Tanah Suci kketika anak-anak belajar agama di luar negara sehingga ada yang meninggal dunia di sana. Menurut catatan sejarah, Orang Kaya Ali pulang ke Padang selepas ayahananda Orang Kaya Said meninggal dunia di Mekah. Beliau kemudian menuntut jawatan penghulu Muar yang dipangku oleh sepupunya bernama Omar Junid semasa ketiadaan Allahyarham Omar. Bagaimanapun permintaan itu ditolak oleh Sultan kerana usia Ali masih muda dan belum boleh memegang jawatan penghulu, lebih-lebih lagi jawatan itu bertaraf diraja yang menjadi wakil Sultan serta pemerintah Muar.

Bagi mencari jalan penyelesaian, Sultan melantik Ali sebagai menteri. Namun begitu, perlantikan itu tidak memuaskan hati Ali serta pengikutnya kerana jawatan berkenaan tidak memberi erti dalam pentadbiran Wilayah Muar. Berikutan itu, timbul perselisihan di antara pengikut Ali dan penyokong Omar sehingga kedua-dua kumpulan itu mengibarkan bendera masing-masing, Merah bagi penyokong Ali dan Putih bagi pengikut Omar. Peristiwa itu berlarutan selama beberapa bulan hingga memaksa Sultan datang ke Muar untuk mengamankan kembali keadaan yang agak genting di antara pengikut kedua-dua kumpulan.
Bagi mengelakkan pertumpahan darah, Sultan memberi perkenan kepada pengikut Ali untuk membuka sebuah kawasan baru diselatan Muar bagi membolehkan Ali dilantik menjadi penghulu. Ali berundur ke arah selatan di persisiran Selat Melaka dengan menaiki sampan besar yang beratnya kira-kira satu tan bersama 16 orang pengikutnya untuk mencari kawasan baru yang sesuai dijadikan perkampungan. Bekalan makanan yang dibawa cukup untuk 30 hari.

Selepas mendarat di sebuah kawasan kira-kira 30 km dari Muar, pengikut Ali membuka sebuah perkampungan dan menanam pelbagai pokok dutian, ubi keledek dan bersawah padi. Lama-kelamaan kawasan perkampungan yang baru dibuka itu gah keseluruh Muar dan Ali bersama pengikutnya menyusur pantai Selat Melaka yang banyak dengan lanun untuk mengadap Sultan bagi mempersembahkan hasil tanaman.

Nama "Sungai Balang" diabadikan daripada ilham Sultan apabila pengikut Ali yang membuka kawasan baru itu berjaya menghapuskan lanun di Selat Melaka untuk membawa persembahan hasil pertanian melalui pantai di Johor Bahru dengan selamatnya. Keberanian Ali dan pengikutnya menentang lanun di Selat Melaka dianggap sebagai kegagahan yang dicapai oleh hulubalang. Dari perkataan 'hulubalang' inilah lalu Sultan menitahkan kawasan baru itu itu diberi nama Sungai Balang hingga ke hari ini.
Menurut catatan sejarah, Sungai Balang diwartakan menjadi mukim meliputi kawasan Sarang Buaya Kiri, Sarang Buaya Kanan dan Sungai Balang serta ditadbir oleh seorang penghulu bergelar Orang Kaya dan dua naib penghulu. Sistem pentadbiran itu berakhir pada 1954 apabila ketiga-tiga kawasan itu dicantumkan menjadi sebuah mukim dan hingga sekarang diberi nama Mukim Sungai Balang.

Antara kesan sejarah yang masih kekal di Sungai Balang ialah ialah Makam Orang Kaya Ali di tanah perkuburan Islam di pekan itu dan sekolah rendah di kampung itu yang diberi nama Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Ali bagi mengambil nama sempena orang pertama membuka Sungai Balang.

Salah seorang keturunan Orang Kaya Ali ialah cucu beliau yang masih hidup iaitu Abdul Manaf  bin Abu Bakar, pemilik Toko Buku Manaf yang terkenal di Jalan Abdullah Muar. Manakala keturunan Orang Kaya Omar (penghulu Muar) sepupu Orang Kaya Ali ialah bekas Speaker Dewan Rakyat, Allahyarham Tan Sri Mohd. Noh bin Omar.
MADRASAH AL HAJI TAIB PARIT JAMIL MUAR

Pada tahun 1920an, Penghulu Hj. Hassan bin Hj. Taib (Penghulu Pt. Jamil Muar) dan adiknya Hj. Jaafar dengan bantuan orang-orang kampung telah mendirikan sebuah madrasah Bahasa Arab yang diberi nama Al Madrasah Al Khairiah.

Disamping itu Hj. Jaafar dengan inisiatif sendiri telah mendirikan sebuah Sekolah Inggeris yang berhampiran di situ. Dengan ini kampung Parit Jamil telah menjadoi sebuah kampung yang unik dalam daerah Muar dari segi kemudahan persekolahan dan pendidikan.

Pada tahun 1921, mereka dua beradik telah mendirikan sebuah bangunan sekolah yang baru yang  boleh menempatkan semula kedua-dua sekolah dalam sebuah bangunan. Sekolah baru ini diberi nama MADRASAH AL HAJI TAIB mengambil sempena nama bapa mereka, Haji Taib peneroka kampung Parit Jamil itu.

Pada peringkat awal guru-guru yang diambil bertugas ialah bekas pelajar Sekolah Arab Haji Abu Bakar Alim, pelajar Sekolah-sekolah Pondok di negeri-negeri Melayu sebelah Utara dan bekas kerani-kerani pejabat. Selepas itu dengan beransur-ansur dapatlah diambil guru-guru yang lebih berkelayakan dari Singapura, Mesir, Sudan, Aceh dan Pulau Pinang.

Salah seorang gurunya yang sangat mashyur ialah Al-Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin iaitu ayahanda kepada Tun Tan Sri Datuk Haji Hamdan bin Sheikh Tahir, bekas Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang
Malah Tun Hamdan sendiri mendapat pendidikan awalnya di Madrasah ini semasa ayahandanya berkhidmat sebagai mudir (pengetua) di Madrasah ini ; pada masa itu usia Tun Hamdan baru menjangkau lima tahun.

Pelajaran yang diajar ialah Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Falak dan Agama Islam. Bagi membantu dalam pengajaran agama, pihak Jabatan Agama Johor memberi bantuan sebanyak RM100 sebulan kepada setiap guru yang mengajar agama di Madrasah tersebut. Madrasah inilah yang mula-mula sekali mengambil inisiatif mengajar pelajaran agama kepada kanak-kanak perempuan di Muar. Ada kira-kira 20 orang kanak-kanak perempuan diterima masuk belajar di sini. Jumlah semua pelajar perempuan dan lelaki pada masa itu ialah 100 orang.

Madarasah inilah juga yang mula-mula sekali mengeluarkan majalah. Mula-mula sekali guru-guru madrasah ini menubuhkan sebuah persatuan dinamakan Persekutuan Suluh Pelajaran Muar. Persekutuan inilah yang menerbitkan majalah yang dinamakan 'PENYULUH'. Matlamat majalah ini ialah memberi pendidikan moral dan budi pekerti kepada para pelajar. Percetakannya dibuat di Parit Jamil oleh Syarikat Muhamadiah Press Parit Jamil.
JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri melalui Yayasan Warisan Johor (YWJ) diminta memugar semula tinggalan sejarah Kampung Pengkalan Kota kerana kawasan berkenaan pernah menjadi pusat pemerintahan Raja Temenggong Muar.

Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) Kawasan Muar, Mohd Khamis Joned, berkata, ada banyak peninggalan sejarah di kawasan berkenaan yang perlu dipulihkan.

Katanya, selain makam Sultan Alauddin Shah I (1477-1488) yang ada Pagoh, Kampung Pengkalan Kota yang terletak di persisiran sungai Muar perlu dibangunkan sebagai kawasan warisan sejarah.

Beliau berkata, kampung yang dihuni kira-kira 40 penduduk dan 10 rumah itu, terletak dalam Mukim Pengkalan Kota dan pentadbirannya di bawah Ketua Kampung Durian Condong.

Katanya, Makam Temenggong Muhammad Salleh (Temenggong Ketujuh), tapak istana, pangkalan pelabuhan, tapak masjid dan beberapa makam panglima antara warisan sejarah yang perlu dipulihara.

"Mengikut manuskrip Salasilah Muar, sejarah Pengkalan Kota dicatatkan sebagai ibu negeri kerajaan Raja Temenggong Muar. Pemerintahannya sezaman dengan pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1685-1699), Sultan Johor ke-10 yang beribu negeri di Kota Tinggi.

"Daripada keturunan Dato' Pasir Diraja (Sayyid Jaafar), pemerintahan Raja Temenggong Muar bermula dengan Seri Akar Diraja sebagai Temenggong pertama. Pemerintahan membabitkan lapan orang Raja Temenggong itu berakhir pada Temenggong Wan Abdul Rahman, sezaman dengan pemerintahan Sultan Abu Bakar (1862-1895).

"Sejarah pemerintahan Temenggong Muar tamat apabila Muar dimasukkan dalam jajahan pentadbiran Johor ketika itu.

"Walaupun sejarah pemerintahannya sudah berakhir, manuskrip Salasilah Muar menjadi bukti sahih keturunan mereka pernah memerintah di sini. Saya difahamkan, keluarga mereka masih ada dan tinggal di Kampung Temenggong, Segamat, " katanya.

Arkib Negara cawangan Johor dan Mohd Khamis mengadakan lawatan untuk membuat kajian sejarah ke kampung itu baru-baru ini. Pihak Arkib turut berminat mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk memugar sejarah Pengkalan Kota.
Sumber:Berita Harian



24 NOVEMBER 2012, MUAR BANDAR DIRAJA
 



Kemeriahan Bandar  Maharani Bandar Diraja diwarnai dengan pelbagai program dan aktiviti.


Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor



Perbezaan gading dahulu dan sekarang yang terdapat di Muar . 



Gading dahulu dibina pada tahun 1960: Didirikan di Pantai Lido & Kompleks Kastam Tambak Johor sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Ismail pada 10 Februari 1960. Pelan dan pembinaannya, dilukis dan diselia oleh Mohamed Hamzah, Arkitek JKR Johor.


Gading baharu dibina pada tahun 2012: Dibina sebagai identiti Muar Bandar Diraja apabila diisytiharkan secara rasminya pada 22 November ini sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Ibrahim. Lokasinya di Bulatan Sulaiman (Wetex Parade) dan pembinaannya juga di bawah tanggungjawab JKR Johor Daerah Muar.

Penggunaan gading gajah dan mahkota sebagai identiti mercu tanda ini adalah melambangkan keistimewaan Negeri Johor selain pengaruh Kesultanan Johor.

"Mercu tanda tersebut menggunakan em
pat gading gajah bagi melambangkan negeri ini suatu masa dahulu mempunyai bilangan gajah dan binatang liar yang banyak semasa Sultan Abu Bakar membuka negeri ini yang mulanya hutan belantara.

"Sebab itu kita juga gunakan gading gajah di Istana Besar (di Johor Bahru), ini adalah tradisi Johor. Gajah adalah binatang yang kuat dan perkasa, jadi ia adalah simbolik yang melambangkan kekuatan dan keagungan."

Pemilihan mahkota di atas mercu tanda tersebut kerana Kesultanan Johor merupakan yang pertama mempunyai mahkota sendiri berbanding kesultanan Melayu yang lain.

Negeri Johor mula mempunyai mahkota pada tahun 1886 yang ketika itu direka khas di London dan Kesultanan Johor menempa sejarah tersendiri dengan memilikinya.


-Datuk Abdul Rahim Ramli, Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor.








Monday 12 November 2012

LEGOLAND @NUSAJAYA DALAM KENANGAN

Legoland di Nusajaya merupakan Legoland yang pertama di Asia . Marilah lihat pengembaraan yang menakjubkan !




Belajar memandu kereta di LEGO CITY Driving School .




Bermain TECHNIC Twister di LEGO TECHNIC .



Musical Fountain yang menghiburkan di Imagination.



Berlatar belakangkan zirafah daripada binaan lego di Imagination .


Ada berani nak cuba ? 






Binaan dari lego yang menakjubkan .