Pada awal 2006, sebuah inisiatif telah dimulakan oleh organisasi Switzerland iaitu Perbadanan Dunia Terbuka Baru (New Open World Corporation) (NOWC) untuk memilih Tujuh Keajaiban Dunia Baru yang terpilih dari 200 buah monumen yang masih wujud . Dua puluh yang ke peringkat akhir telah diumumkan pada 1 Januari 2006 . Keputusan akan diumumkan pada 7 Julai 2007 (7/7/7).
Pada November 2006, akhbar kebangsaan Amerika USA Today dengan kerjasama rancangan televisyen Amerika Good Morning America mendedahkan senarai "Tujuh Keajaiban Baru" yang telah dipilih oleh enam orang juri. Keajaiban tersebut telah diumumkan satu setiap hari dalam masa seminggu dalam Good Morning America. "Keajaiban kelapan" telah dipilih pada 24 November daripada maklum balas penonton .
Bilangan | Keajaiban | Lokasi |
---|---|---|
1 | Istana Potala | Lhasa, Tibet |
2 | Kota Lama Jerusalem | Israel |
3 | Bongkah ais kutub | Kawasan kutub |
4 | Monumen Kebangsaan Kepulauan Hawaii Barat Laut | Hawaii, Amerika Syarikat |
5 | Internet | N/A |
6 | Peninggalan Maya | Semenanjung Yucatá, Mesoamerika |
7 | Perpindahan Serengeti dan Masai Mara | Kenya dan Tanzania |
8 | Ngarai Agung ("keajaiban kelapan" pilihan penonton) | Arizona, Amerika Syarikat |
Terdapat juga :Keajaiban tarikan pelanconganBerikut merupakan senarai tujuh tumpuan pelancongan (tidak termasuk ziarah) yang disusun oleh Hillman Wonders:
Keajaiban semula jadiBerikut merupakan senarai tujuh keajaiban semula jadi yang disusun oleh CNN .
Keajaiban dalam airSenarai berikut tidak diketahui pembuatnya (lebih kepada pembentukan semula jadi) tetapi ia agak dikenali:
|